← Back to list
Kerajaan Dalam Proses Akhir Pinda Akta Kanak-kanak
Jun 18, 2024
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan, pihaknya kini dalam proses akhir meminda Akta Kanak-kanak 2001.
Jelas Datuk Seri Nancy Shukri, selain menambah baik akta, pindaan itu juga selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak tahun lalu.
Jabatan itu ditubuhkan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing.
---
Kerajaan masih tanggung RM 7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung.
Justeru jelas Perdana Menteri, subsidi itu tidak dihapuskan sebaliknya diuruskan dengan lebih cekap dan sampai kepada rakyat yang layak.
Semalam, Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum harga runcit bagi telur ayam di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji berkuat kuasa serta merta.
Ia selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.
---
Polis tahan beberapa suspek berkaitan kes melarikan 3 remaja dari sebuah pasar raya di Johor Bahru.
Suspek dilapor pukul dan rakam gambar mangsa tanpa pakaian dan ugut akan sebar jika kejadian dibongkar.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather