← Back to list
Bayar tunggakan PTPTN serendah 300 ringgit
Jun 23, 2024
Peminjam boleh bayar tunggakan PTPTN serendah 300 ringgit.
Ini selepas PTPTN perkenal kempen penstrukturan pinjaman bagi menggalakkan peminjam selesaikan pembayaran tertunggak mereka.
Kempen ini dijalankan selama dua bulan bermula 1 Jun lepas hingga 31 Julai ini.
Untuk makluman, ianya terbuka kepada semua peminjam sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
.....
KKM maklumkan pesakit hospital boleh tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.
Bagaimanapun, pihaknya berkata pesakit perlu dapatkan nasihat kesihatan daripada doktor terutamanya pesakit berisiko tinggi.
ini bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku ketika keluar mengundi.
.....
Dalam pada itu, KKM rancang untuk mendigitalkan buku derma darah bagi memudahkan penderma akses rekod pendermaan mereka dengan lebih mudah dan pantas.
Pihaknya juga berharap inisiatif ini akan menggalakkan lebih ramai belia untuk menderma darah.
.....
Kerajaan Sabah berkata pihaknya akan mengutamakan TVET dalam pembangunan pendidikan sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan di negeri itu.
.....
Dan kerajaan Sarawak peruntukkan 200 juta ringgit untuk pembangunan semula sekolah dan klinik usang di negeri itu dan akan dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather