← Back to list
COVID-19 : Tidak perlu perintah kuarantin
Jul 05, 2024
Individu yang dijangkiti COVID-19 tidak perlu lagi jalani perintah kuarantin di rumah.
Ini selepas KKM semak semula prosedur dan SOP dalam melaksanakan Hidup Bersama COVID-19.
Bagaimanapun, pihaknya berkata mereka yang didapati positif digalakkan duduk di rumah bagi mengelak penularan virus itu.
Terdahulu, mereka yang disahkan positif jangkitan itu perlu kuarantin selama 5 hari bermula dari tarikh awal gejala.
.....
Polis Pulau Pinang beri jaminan keselamatan kepada pengundi PRK DUN Sungai Bakap esok.
Pihaknya nasihatkan pengundi untuk tidak berikan kad pengenalan kepada orang lain kerana bimbang ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya hanya serahkan kepada petugas SPR ketika di pusat pengundian esok.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia berkata kawasan Sungai Bakap dijangka alami hujan pada sebelah pagi esok namun cuaca sebelah petang diramalkan baik.
Oleh itu, individu yang terlibat dengan PRK DUN Sungai Bakap dinasihatkan untuk rancang perjalanan masing-masing.
.....
Dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh Britain atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather