← Back to list
Tumpahan minyak di Pelabuhan Klang
Jul 06, 2024
Air Selangor kesan tumpahan minyak hingga menyebabkan air bertukar merah di Pelabuhan Klang.
Pihaknya berkata kejadian itu berpunca daripada kebocoran paip hos di sebuah kilang penyimpanan minyak sawit.
Tambahnya, sampel air telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.
.....
Jabatan Perikanan Johor keluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut berbahaya khususnya di perairan Mersing.
Pihaknya nasihatikan orang ramai agar menjauhi aktiviti berkaitan air ketika ini sehingga situasi selamat.
.....
Menurut SPR, Lebih 16 peratus pengundi PRK DUN Sungai Bakap laksanakan tanggungjawab mereka setakat ini.
Dalam pada itu, pengundi dinasihatkan lakukan semakan daftar pemilih & maklumat pengundian bagi memudahkan perjalanan pilihan raya.
.....
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu putus kekalkan kenaikan kadar sewa Pasar Payang 1 seperti yang ditetapkan sebelum ini dan berkuat kuasa 1 Ogos depan.
.....
Dan tarikh akhir kemukakan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjutkan hingga 15 Julai.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather