← Back to list
Kerusi DUN Sungai Bakap Kekal Milik PN
Jul 07, 2024
Perikatan Nasional menerusi calon PAS, Abidin Ismail, menang PRK DUN Sungai Bakap.
Ia sekali gus menyaksikan PN mempertahankan kerusi itu yang dimenangi dalam PRN Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.
Pada PRK kali ini, Abidin menang dengan majoriti 4,267 undi ke atas pencabarnya, Dr. Joohari Ariffin.
Peratusan keluar mengundi semalam adalah 63 peratus manakala 208 undi telah ditolak.
---
Menteri Komunikasi akan bertemu dengan semua penyedia platform media sosial di Malaysia tidak lama lagi bagi memperincikan pengurusan isu buli siber.
Ujar Fahmi Fadzil, ia ekoran kementerian tidak puas hati dengan komitmen penyedia platform dalam mengendali aduan berkaitan perkara itu.
Beliau juga tegaskan kerajaan terus komited untuk memperkasakan keselamatan dalam talian terutama melibatkan kanak-kanak dan keluarga.
---
Menteri Pendidikan minta KPM diberi lebih masa untuk tangani isu penempatan pelajar cemerlang SPM yang masih belum dapat tempat dalam program matrikulasi.
Fadhlina Sidek juga beri jaminan semua pelajar yang mendapat keputusan 10A dalam SPM akan mendapat tempat untuk program matrikulasi.
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan semua pelajar yang dapat 10A dalam SPM akan diterima masuk ke matrikulasi tanpa mengira kaum.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather