Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Ambil Pengajaran Rusuhan di UK - Fahmi

Aug 08, 2024


Rusuhan di United Kingdom yang dipercayai berpunca daripada penyebaran berita palsu anti Islam wajar dijadikan pengajaran supaya tidak berlaku di Malaysia. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia beri kesedaran bahawa masalah penyebaran berita palsu perlu ditangani secara serius. 

Sementara itu Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam protes yang sedang berlangsung di UK.  

Pada masa sama, semua rakyat Malaysia diminta menjauhi kawasan protes, sentiasa waspada dan mengikuti panduan terkini oleh pihak berkuasa.  

Dalam perkembangan lain, warga Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Bangladesh ekoran situasi tidak menentu di negara tersebut.

Wisma Putra juga ambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara itu dapat berfungsi seperti biasa.  

--- 

Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sehingga 42.7 peratus. 

Menteri Komunikasi berkata, gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam itu boleh diketahui bermula minggu depan. 

Fahmi Fadzil juga memaklumkan, Kementerian Sumber Manusia giat meneruskan usaha pendaftaran syarikat yang ingin turut serta dalam program dasar gaji progresif. 

Justeru jika ada syarikat swasta yang belum berdaftar, mereka boleh berhubung dengan kementerian berkenaan.  

--- 

Suspek utama kes culik kanak-kanak perempuan di sebuah pusat beli-belah di Johor bulan lalu dijangka didakwa di mahkamah hari ini. 

Polis memaklumkan, suspek akan hadapi 15 pertuduhan termasuk menculik dan memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak. 

Suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis, namun ditahan semula kelmarin. 

Ia susulan penemuan bahan pornografi dan peralatan seks di kediamannya di Kulai, Johor.  


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }