← Back to list
Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Aug 10, 2024
Malaysia tidak terjejas dengan keputusan Tesla untuk menilai semula rancangan pelebaran perniagaannya ke Asia Tenggara.
Perdana Menteri berkata syarikat tersebut kini alami kerugian besar dan tidak mampu bersaing dengan industri kenderaan elektrik China.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini syarikat tersebut hanya merancang untuk meningkatkan pelaburan di negara ini dan tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.
__
Persatuan Perubatan Malaysia menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian membabitkan remaja berusia 14 tahun yang menyamar sebagai petugas hospital di Serdang.
Presidennya, Dr Azizan Abdul Aziz berkata kejadian itu melibatkan pelanggaran keselamatan yang berpotensi membahayakan kesihatan dan nyawa pesakit.
Beliau menggesa pihak berkuasa memperketatkan sistem keselamatan, khususnya pengenalan kakitangan, bagi mengelak kejadian seperti itu berulang.
Semalam, remaja perempuan tersebut telah direman dua hari dan akan tamat hari ini.
__
Polis buru seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap dua guru wanita di sebuah surau di Kelana Jaya.
Kedua-dua mangsa yang ditikam kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.
__
Sebuah pesawat terhempas di Sao Paulo, Brazil yang mengorbankan kesemua 61 penumpang dan anak kapal.
Gabenor Sao Paulo mengumumkan tiga hari tempoh berkabung ekoran insiden tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather