← Back to list
Kes Kebakaran di Pagoh, Kini Diklasifikasi Kes Bunuh
Aug 11, 2024
Foto - NSTP
Polis mengklasifikasikan kes tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah di Pagoh, Muar pada awal pagi Jumaat sebagai kes bunuh.
Hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian dan hasil laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa mendapat terdapat unsur-unsur jenayah.
Pihak polis kini giat mengesan suspek lelaki yang merupakan anak kepada pasangan warga emas yang maut dalam kebakaran tersebut.
-----
Foto - Utusan Malaysia
Remaja perempuan 14 tahun yang menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akan dirujuk ke pakar psikiatri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tindakan remaja itu dipercayai akibat fikiran terganggu.
Remaja berkenaan telah bebaskan dengan ikat jamin polis selepas tempoh remannya tamat semalam sementara kertas siasatan dilengkapkan.
-----
Foto - Bernama
Komen warganet terhadap atlet Sukan Olimpik Paris 2024 di media sosial boleh dianggap buli siber jika memberi kesan ke atas mental mereka.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, semakan akan dilakukan oleh MCMC sekiranya ada laporan dari semasa ke semasa berhubung perkara itu.
Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, pelaku dikesan mengeluarkan komen agak kasar terhadap para atlet dan ada yang menggunakan akaun palsu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather