← Back to list
Mayat Di Sungai Klang Sah Nidza Afham
Aug 15, 2024
Polis Selangor sahkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Klang semalam adalah penyanyi Nidza Afham yang dilaporkan hilang kelmarin.
Jenazah Allahyarham dilapor berada di Hospital Shah Alam untuk jalani bedah siasat pagi ini dan dijangka akan dikebumikan di Puncak Alam selepas itu.
Difahamkan, Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie hilang semasa berjogging sendrian di Klang kelmarin.
---
JPJ sedang memperincikan sistem dan penyelarasan bagi program peralihan khas untuk pemegang lesen menunggang kelas B1 dan B2 bagi mendapatkan lesen B penuh.
Menurutnya, pengumuman mengenai perkara tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.
Program peralihan khas yang bermula 1 Oktober itu nanti tidak diberi secara automatik sebaliknya pemegang lesen perlu jalani latihan selama 2 jam sebelum menduduki ujian amali di institut memandu.
Individu yang mahu menyertai program itu juga perlu memiliki lesen menunggang kelas B1 dan B2 lebih 10 tahun, tiada saman dan tidak disenarai hitam JPJ.
---
Khairul Aming mendedahkan ada pihak memanipulasi wajah dan suaranya guna AI untuk melakukan penipuan.
Ujar pempengaruh yang juga usahawan terkenal itu, dia tampil beri penjelasan bagi elak orang ramai terpedaya.
Jelas Khairul Aming lagi, dia tidak menjual produk atau barangan lain selain 2 produk makanan yang diusahakannya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather