← Back to list
Tanah jerlus Masjid India: Operasi SAR diteruskan hari ini
Aug 24, 2024
Operasi mencari mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur diteruskan hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan khidmat Unit Skubanya selepas usaha menggunakan khidmat anjing pengesan menemui jalan buntu.
Jelasnya, operasi mencari masih ditumpukan di kawasan tersebut sebelum memperluaskan skop pencarian ke lokasi lain.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa, seorang wanita warga India terpaksa dihentikan malam tadi ekoran hujan lebat.
Semalam, video menunjukkan insiden seorang wanita jadi mangsa kejadian tanah jerlus itu viral.
---
Seramai 19 individu masih terperangkap di Eko Park Risda di Slim River ekoran kejadian kepala air dan empangan pecah.
Polis Perak berkata pihaknya sedang merangka pelan untuk membawa kesemua mangsa keluar dalam masa terdekat selepas air surut.
Tambahnya, seramai 175 penduduk berjaya diselamatkan dalam insiden tersebut setakat awal pagi tadi.
Dalam pada itu, insiden tersebut menyebabkan 10,000 akaun pengguna terputus bekalan air dan elektrik.
---
Sementara itu, bomba selamatkan hampir 40 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.
Menurutnya kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan air telah pun surut di kawasan tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather