← Back to list
Mpox: Kawalan di 151 pos PGA dipertingkat
Aug 27, 2024
Kawalan dan pemantauan di 151 pos Pasukan Gerakan Am seluruh negara akan dipertingkatkan.
Ia antara usaha untuk mengekang penularan cacar monyet atau Mpox di negara ini.
Ketua Polis Negara berkata kawalan rapi akan dibuat di 4 pintu masuk dan pemantauan yang sama dijalankan khusus di laluan haram sempadan negara.
----
Pasukan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India meneruskan pencarian ke lokasi titik terakhir.
DBKL berkata kerja-kerja SAR di kawasan itu akan dibuat di Loji Indah di Pantai Dalam.
Pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja flushing dan pemeriksaan fizikal ke setiap ruang yang memungkinkan terdapat mangsa terperangkap.
---
PDRM nafi dakwaan BERSATU kononnya siasatan berkaitan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh kewibawaan Yang Dipertuan Agong Ke-16 dilakukan secara tergesa-gesa.
Tegas Bukit Aman, pihaknya telah umumkan akan buat siasatan dalam tempoh 7 hari manakala arahan pertuduhan datang daripada Jabatan Peguam Negara.
Jelasnya lagi kesemua proses tersebut disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
Terdahulu bekas Perdana Menteri itu didakwa atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Gua Musang ketika kempen PRK Nenggiri.
Beliau yang juga Pengerusi PN mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather