← Back to list
Mayat Bayi Ditanam Bawah Lantai: Polis Buru Wanita Indonesia
Sep 09, 2024
Polis buru seorang wanita warga Indonesia berhubung kes mayat bayi ditanam di lantai simen sebuah rumah di Ipoh, Ogos lalu.
Ketua Polis Perak berkata usaha mengesan suspek masih dijalankan dan polis juga tidak pasti dimana wanita itu berada.
Datuk Azizi Mat Aris menambah, polis akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi bantu mengesan dan menahan wanita terbabit.
__
Sebuah kolej vokasional yang memberi tumpuan khusus membangunkan kepakaran tempatan dalam industri kenderaan elektrik akan dibuka menjelang 2027.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ia selaras hala tuju yang ditetapkan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
__
Seorang wanita didenda RM700 kerana membenarkan anaknya berusia 10 tahun memandu kereta hingga menyebabkan kemalangan di Seremban, awal bulan ini.
__
JPJ maklumkan nombor pendaftaran istimewa bagi kenderaan elektrik dibuka untuk bidaan selama 5 hari bermula hari ini melalui sistem JPJeBid.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather