← Back to list
PM mahu kajian, laporan lengkap isu pensijilan halal minggu depan - Fahmi
Sep 11, 2024
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Agama melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia dijangka dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.
Baru-baru ini, Menteri Agama berkata terdapat cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi semua restoran dan syarikat makanan.
__
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk semak keputusan mengembalikan 4 tuduhan salah guna kuasa berjumlah lebih 232 juta ringgit.
Susulan itu, bekas Perdana Menteri berkenaan kekal berdepan pertuduhan terbabit di Mahkamah Sesyen.
__
Seramai 47 mangsa pencemaran bau di Johor Bahru didapati bergejala dalam tempoh dua hari sehingga semalam.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor berkata seramai 10 individu daripadanya menerima rawatan di klinik awam dan swasta.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Johor maklumkan kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia di kawasan yang terjejas di daerah itu dijangka siap minggu depan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather