← Back to list
Jumlah mangsa banjir meningkat, 2 kematian direkodkan
Sep 18, 2024
Jumlah mangsa banjir di utara semenanjung terus meningkat.
Menurut JKM, lebih 4,500 orang ditempatkan di PPS di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis setakat ini.
Kedah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu hampir 4,000 orang.
__
Sementara itu, terdapat laporan mengenai lebih banyak pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang hari ini.
Di Georgetown, Pulau Pinang, dua beranak dipercayai warga China maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang.
__
Di Kamunting, Perak pula, empat orang cedera termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna dan sebuah motosikal.
Selain itu, dua kenderaan turut dihempap pokok tumbang di Kota Kinabalu, Sabah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather