← Back to list
Belanjawan 2025 Lebih Banyak Pembaikan Struktur Ekonomi - PM
Oct 08, 2024
Perdana Menteri berkata Belanjawan 2025 akan memperkenalkan lebih banyak pembaikan terhadap struktur ekonomi.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat kepada rakyat dan dikongsi secara saksama.
Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 18 Oktober.
.....
Lebih 1,500 mangsa banjir direkodkan di seluruh negara membabitkan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan terbaharu di Melaka.
Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan lebih 500 orang ditempatkan di 8 PPS di 3 daerah di negeri berkenaan.
Ia diikuti Kedah, Perak, Selangor dan Melaka yang turut mengaktifkan beberapa PPS di negeri masing-masing.
.....
Majlis Agama Islam Selangor telah mula melaksanakan proses pemulihan akidah terhadap lebih 200 kanak-kanak yang terkait GISB.
.....
Sebuah kilang memproses produk kecantikan di Alor Setar, Kedah dikompaun 60 ribu ringgit susulan menggunakan logo halal palsu.
.....
Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam kejadian di Tawau, Sabah.
.....
Dan lebuh raya LEKAS akan ditutup sepenuhnya pada 12 Oktober ini untuk sebuah acara perlumbaan basikal.
Ikuti media sosial Astro Radio Trafik untuk perkembangan semasa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather