← Back to list
Kenapa Buli di Tempat Kerja?
Oct 10, 2024
Pada zaman yang serba mencabar ini ada banyak faktor jadi punca kes buli di tempat kerja.
Ujar Presiden Persatuan Pengamal Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOHPA), tekanan dan beban kerja berlebihan serta persaingan sengit boleh mendorong individu bertindak agresif termasuk buli pekerja atau rakan sekerja.
Perbezaan personaliti, diskriminisi jantina, kaum dan agama serta budaya organisasi yang toksik juga boleh menjadi penyebabnya.
Justeru Dr Shawaludin Husin menasihatkan majikan dan pekerja mempertimbangkan faktor manusiawi termasuk saling bertolak ansur dan berusaha memahami tugas dan bebanan masing-masing.
Beliau berkata demikian sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia hari ini yang bertemakan Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja.
Untuk rekod, sakit mental kini merupakan penyakit ke-2 tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung.
Sementara itu bulan lalu, seorang doktor pakar di Sabah ditemui meninggal dunia disyaki bunuh diri kerana tertekan jadi mangsa buli di tempat kerja.
---
Pemandu wanita dipercayai pesakit mental yang merempuh 4 penuntut UiTM Dungun malam tadi kini direman 4 hari.
Kejadian tragis itu mengakibatkan 3 penuntut maut manakala seorang cedera parah.
---
Bekas anggota UTK, Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 18 tahun lalu terlepas hukuman mati
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather