← Back to list
Harapan Ibu Bapa Muda Menjelang Belanjawan 2025
Oct 15, 2024
Golongan ibu bapa muda berharap akan ada berita baik berhubung pendidikan dan penjagaan kanak-kanak pada pembentangan Belanjawan 2025.
Ujar Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abd Jalil antara harapannya adalah bilangan Prasekolah dan pusat jagaan kanak-kanak milik kerajaan ditambah.
Jelas beliau, ia memandangkan kos menghantar anak ke taska atau tadika adalah tinggi iaitu antara RM500 hingga RM800 sebulan bagi setiap anak.
Perdana Menteri akan bentang Belanjawan 2025 pada Jumaat ini.
Sementara itu, pasangan atau perkahwinan muda iaitu di bawah tempoh 10 tahun merekodkan kadar perceraian paling tinggi di negara ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan, menurut statistik tahun lalu perceraian tertinggi dicatatkan dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun.
---
Pihak berkuasa mengklasifikasikan kawasan tanah runtuh di Taman Melawati, KL pagi tadi sebagai berisiko.
Susulan itu kira-kira 300 penghuni 18 rumah di lokasi tersebut sudah diarah segera berpindah bagi elak kejadian buruk.
Sementara itu lebih 4,600 mangsa banjir di Kedah, Pahang, Perak, Melaka, Johor dan Selangor kini berlindung di PPS.
---
Seorang pemandu wanita didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh berkaitan kes langgar 4 siswa UiTM Dungun hingga 3 maut dan seorang cedera.
Suspek yang tiada lesen memandu itu kemudian diarah jalani pemeriksaan mental sementara tunggu sebutan semula kes bulan depan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather