Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Kembalikan Program Perumahan Transit

Oct 16, 2024


Kerajaan disaran mengembalikan semula program perumahan transit untuk pasangan muda atau belia yang baru berkahwin. 

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abd Jalil berpendapat, bukan semua pasangan muda mampu beli dan sewa rumah terutama di kota dan bandar besar. 

Sebelum ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berikrar memastikan golongan muda dapat memiliki rumah. 

Ia dijangka dilaksanakan menerusi inisiatif Deposit Madani dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.  

--- 

Suruhanjaya Tenaga minta orang ramai sentiasa waspada dan mengutamakan keselamatan elektrik dan gas ketika musim banjir. 

Ini kerana boleh mendatangkan pelbagai risiko antaranya tiang elektrik tumbang, talian elektrik terputus dan kerosakan kelengkapan elektrik dan gas. 

Bagi yang diarahkan berpindah, mereka perlu pastikan kelengkapan elektrik disimpan di tempat yang selamat dari air banjir dan matikan suis bekalan utama di papan agihan elektrik. 

Sementara itu lebih 3,900 mangsa banjir di 6 negeri kini berlindung di PPS, dengan Pahang catat mangsa paling ramai iaitu lebih 1,600 orang.  

--- 

JKR sedang pantau 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan dan sekolah. 

Secara keseluruhan 27,000 cerun di seluruh negara berada dalam pemantauan jabatan itu, dengan 3,200 diklasifikasikan sebagai berisiko.  

Susulan itu Bilik Gerakan Bencana telah diaktifkan untuk pantau kawasan terbabit kerana Malaysia sedang alami fasa peralihan Monsun Timur Laut menjelang musim tengkujuh.  

--- 

Polis Thailand memberi jaminan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang rancang melawat negara itu pada cuti Deepavali nanti. 

Ketua Polis Wilayah Narathiwat berkata, pihaknya sudah meningkatkan kawalan keselamatan supaya pelancong rasa selamat. 

Terdahulu, Ketua Polis Negara minta rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke selatan Thailand waspada ekoran siri serangan dan keganasan di wilayah itu baru-baru ini.  


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }