← Back to list
Tiada Risiko Lubang Benam di Klang
Oct 24, 2024
Foto - Bernama
Risiko lubang benam tidak berlaku di Klang kerana kawasan itu tidak didasari batu kapur melainkan faktor bukan semula jadi seperti kebocoran paip utiliti, masalah sistem perparitan dan kegagalan terhadap struktur tanah.
Jelas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kementeriannya bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk laluan yang terletak di kawasan Parlimen Klang.
Tambahnya, bagi mengelakkan kejadian tanah jerlus disebabkan kebocoran paip utiliti, KKR sudah mempunyai garis panduan prosedur pemasangan utiliti jalan Persekutuan selain pemantauan dan penyelenggaraan secara berkala.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather