← Back to list
KKM Perkenal Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan
Jan 18, 2025
Kementerian Kesihatan akan mulakan agenda kesihatan melalui Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan tahun ini.
Pihaknya berkata langkah itu penting dalam tangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan sektor pekerjaan.
Tambahnya, ini termasuk sektor pembuatan, pembinaan dan industri berat yang sering terdedah kepada habuk, bahan kimia dan pencemaran udara.
.....
Polis sedang kesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki OKU mental di sebuah pasar tani di Kemaman, Terengganu.
Pihaknya berkata kejadian itu dipercayai berpunca apabila mangsa menunggang motosikal dan memasuki tapak jualan pasar tani itu lalu terlanggar sebuah gerai jualan.
.....
SPRM kesan hampir 700 juta ringgit pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang terjerat dengan sindiket yang tawarkan bantuan kewangan.
Terdahulu, media melaporkan lebih 4 ribu penjawat awam terpedaya dengan sindiket tawaran pinjaman yang didalangi pegawai bank di beberapa institusi kewangan negara.
.....
Met Malaysia ramal hujan lebat berterusan tahap waspada akan melanda di beberapa kawasan di Johor termasuk di Mersing dan Pontian sehingga esok.
.....
Dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat kekalkan undang-undang yang mengharamkan penggunaan TikTok di negara berkenaan menjelang esok.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather