← Back to list
Kejadian Lelaki OKU Dipukul, PM Harap Tidak Berulang
Jan 22, 2025
Masyarakat perlu ambil pengajaran daripada kejadian pukul babitkan lelaki OKU di sebuah pasar tani di Terengganu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang kerana ianya mencerminkan peribadi rakyat Malaysia.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial paparkan seorang lelaki OKU mental dipukul beberapa individu di sebuah pasar tani di Kemaman, Terengganu.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, polis tahan suspek keenam kes pukul lelaki OKU berkenaan bagi bantu siasatan lanjut.
Sebelum ini, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dan memasuki pasar tani terbabit lalu melanggar sebuah gerai.
.....
Timbalan Perdana Menteri berkata pemberian tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya pada musim perayaan.
Sebaliknya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid nasihatkan pengguna supaya ubah sikap dan rancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.
.....
Polis sedang siasat kes cubaan culik seorang wanita di Johor selepas video dakwaannya tular di media sosial.
Wanita itu mendakwa dipaksa cuba produk oleh sepasang individu yang menyebabkan dia pening selepas terhidu produk tersebut dan hampir diculik.
.....
Dan Kementerian Kesihatan dijangka umum kenaikan elaun on call doktor perubatan dalam masa terdekat selepas diputuskan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
.....
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather