← Back to list
Hadapi Peningkatan 2.2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Tahun Baharu Cina, PLUS Ambil Tiga Pendekatan Strategik
Jan 22, 2025

PLUS Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak sempena Tahun Baharu Cina, peningkatan hampir 20 peratus berbanding hari-hari biasa di rangkaian lebuh rayanya.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, jangkaan hari-hari puncak di Lebuhraya PLUS adalah pada 24, 25 dan 31 Januari serta 1 Februari 2025.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi menerangkan tiga pendekatan strategik diambil PLUS sebagai persediaan menghadapi peningkatan trafik.
Ini termasuk pengaktifan Smart Lane di 25 lokasi-lokasi kritikal dan mempertingkat kesiapsiagaan aset dan anggota pasukan tindakbalas kecemasan (ERT) untuk menguruskan insiden lebuh raya.

Bagi membantu pengagihan trafik, PLUS seperti kebiasaan turut menyediakan aplikasi MyPLUS-TTA untuk memudahkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan.
PLUS juga telah menambahbaik kemudahan awam di lebih 50 lokasi sejak 2023 dan menambah 50 tandas kabin bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar, selamat dan selesa.

Sesi taklimat kepada media yang diadakan di Persada PLUS, hari ini turut dihadiri Supt. Khairul Azhar Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta Yang Berusaha, Tuan Tan Kim Loon, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather