← Back to list
Malaysia Hulur Bantuan Pendidikan & Kesihatan di Baitulmaqdis
Feb 25, 2025
Malaysia akan sediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis.
Perdana Menteri berkata bantuan itu akan melibatkan Universiti Al-Quds, madrasah, sekolah, dan hospital di Baitulmaqdis selaras dengan permintaan Imam Masjid Al-Aqsa.
Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia komited untuk pemulihan dan pembangunan semula di Gaza dengan sokongan semua pihak.
.....
Dalam perkembangan lain, lebih 120 rakyat Palestin yang menginap di Wisma Transit di Kuala Lumpur akan dipindahkan ke lokasi baharu.
Kementerian Pertahanan berkata kerjasama dengan agensi berkaitan dilakukan untuk mempercepatkan penempatan semula mereka.
Tambahnya, kekecohan rakyat Palestin baru-baru ini berpunca daripada tekanan perasaan selepas berada di Wisma Transit itu selama lebih 4 bulan.
.....
Prasarana tubuh satu jawatankuasa untuk siasat kes kematian OKU penglihatan yang digilis tren di LRT Titiwangsa baru-baru ini.
Pihaknya berkata beberapa inisiatif akan dilakukan termasuk tambah pegawai keselamatan dan libat urus dengan NGO OKU untuk persekitaran lebih selamat.
.....
Bomba selamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun selepas kakinya tersepit pada eskalator sebuah kompleks beli-belah di Kedah.
.....
Dan kajian menyatakan remaja perempuan Malaysia berisiko 2 kali ganda lebih tinggi daripada remaja lelaki untuk alami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather