← Back to list
Jaga Perpaduan Kaum – Agong
Mar 31, 2025
Jaga Perpaduan Kaum – Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar semua rakyat Malaysia bertanggungjawab menjaga perpaduan berdasarkan lima prinsip Rukun Negara.
Titah baginda, menjaga perpaduan bukan suatu usaha yang mempunyai tarikh tamat, sebaliknya proses berterusan dalam aspek mendidik memupuk dan menyemainya dalam kalangan rakyat.
Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di Malaysia hari ini.
Sementara itu, senada dengan Yang di-Pertuan Agong, PM menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan sikap hormat-menghormati dalam memperkukuh hubungan antara pelbagai kaum dan agama.
Menerusi perutusan khas Aidilfitri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tanpa sikap hormat-menghormati, kestabilan dan keamanan yang diharapkan tidak akan dapat dijamin.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather