← Back to list
Guru tikam anak lelaki 11 tahun direman tujuh hari
May 03, 2025
Seorang guru yang menikam anak lelakinya yang berusia 11 tahun di Kelantan, ditahan reman selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas turut sahkan suspek mempunyai masalah mental dan sudah menerima rawatan psikiatrik sejak 2008.
Terdahulu, suspek dipercayai berbuat demikian kerana berdepan krisis rumah tangga dan dalam proses perceraian buat kali ketiga bersama isterinya.
__
Hampir 70 peratus daripada lebih 12,000 kes keganasan rumah tangga telah didakwa di mahkamah sejak dua tahun lalu.
PDRM beritahu NST jumlah kes yang didakwa meningkat namun pihaknya masih berdepan cabaran untuk kemukakan bukti kukuh ekoran tindakan mangsa yang keberatan untuk berikan kerjasama.
Jelasnya kebiasaannya mangsa berbuat demikian kerana bimbang akan status kewangan keluarga memandangkan suspek merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.
Menurut Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Selangor merekodkan laporan paling banyak, diikuti Kedah, Sarawak, Sabah dan Perak.
__
Dan, penyanyi, Nadeera terharu apabila tiket showcase sulungnya, An Evening With Nadeera habis terjual hanya dalam masa tiga minit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather