Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

PERHILITAN Pantau Ibu Gajah Kematian Anak

May 13, 2025


Hampir 2,400 haiwan liar dilapor mati dilanggar kenderaan di jalan seluruh negara sejak 2020 termasuk 8 ekor gajah, dengan kes yang terbaru di Gerik, Perak. 

Pahang catat angka tertinggi kes tersebut diikuti Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. 

Justeru kerajaan akan tambah santuari gajah atau penempatan baru bagi kurangkan nahas membabitkan haiwan liar.  

Lampu LED khas dan alat pengesan juga akan dipasang lebih banyak bagi beri amaran tentang kehadiran hidupan liar yang turut berfungsi sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya. 

Dalam perkembangan berkaitan, PERHILITAN Perak terus pantau ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori ayam di Gerik kelmarin.  

Pihaknya juga memaklumkan, video tular yang mengatakan ia kembali ke lokasi anaknya dilanggar bukan video gajah yang sama. 

Setakat ini, ibu gajah tersebut telah kembali ke hutan dan dipercayai telah memasuki kumpulannya. 

---  

Kementerian Pertahanan gesa ibu bapa supaya mengingatkan anak-anak mereka yang dipilih menyertai PLKN 3.0 siri kedua tahun ini untuk segera mendaftar.  

Ia susulan hanya kira-kira 340 daripada lebih 500 wira muda telah melaporkan diri bagi jalani latihan selama 45 hari yang bermula kelmarin.  

Pelatih yang belum tampil diberi peluang hingga 16 Mei ini untuk mendaftar, dan jika gagal mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.  

--- 

PAS Terengganu mohon maaf secara terbuka susulan kontroversi logo satu himpunan yang memaparkan bintang Jalur Gemilang tanpa jumlah bucu lengkap. 

Sekretariat program memaklumkan, pihaknya sudah tarik semula penggunaan logo itu dan mengeluarkan versi baru yang dikemas kini. 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us