← Back to list
Nahas Ragut Nyawa 9 Anggota FRU Boleh Dielak
May 14, 2025
Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi siasat nahas yang meragut nyawa 9 anggota FRU di Teluk Intan semalam.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pasukan itu terdiri daripada sekumpulan pakar daripada kementerian dan juga ahli bebas.
Dalam perkembangan berkaitan Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nahas itu boleh dielak jika lori muatan batu yang terlibat menjalani pemeriksaan Puspakom secara berkala dan ketat.
Ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, siasatan awal mendapati lori itu mengalami kerosakan yang menyebabkan sistem sterengnya tidak berfungsi.
Sementara itu semua 9 jenazah anggota FRU yang maut dalam nahas berkenaan telah diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi PDRM.
Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.
Dalam satu lagi perkembangan, satu mekanisme pendanaan akan diwujudkan bagi tampung dan sokong kos pelaksanaan inisiatif serta program keselamatan jalan raya di negara ini.
Kementerian Pengangkutan juga akan nilai semula laluan membabitkan jalan raya dan rel kereta api yang dilihat berisiko tinggi untuk hidupan liar dan manusia.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata kadar penggunaan pengangkutan awam di negara ini masih rendah iaitu sekitar 25 peratus, jauh beza dengan beberapa negara maju.
Pada masa sama Malaysia kini alami kepadatan kenderaan iaitu hampir 39 juta kenderaan berdaftar mengatasi jumlah penduduk iaitu kira-kira 34 juta.
Menurut beliau, trend itu bukan sahaja membebankan infrastruktur sedia ada, malah meningkatkan risiko keselamatan jalan raya serta jejas kualiti hidup rakyat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather