← Back to list
Nahas FRU: Pemandu lori direman 4 hari
May 14, 2025
Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam nahas dengan trak FRU di Teluk Intan, Perak semalam direman empat hari bermula hari ini.
Suspek disiasat atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Semalam, negara dikejutkan dengan kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota FRU.
Semua sembilan jenazah berkenaan telah diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi PDRM pagi tadi dan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.
Sementara itu, lapan lagi anggota FRU kini menerima rawatan di hospital manakala seorang lagi sudah dibenarkan pulang.
__
Jumlah kelahiran hidup di Malaysia pada suku pertama tahun ini merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ia merekodkan penurunan sebanyak 11.5 peratus kepada 93,500 berbanding kira-kira 105,000 kelahiran pada suku tahun pertama tahun lalu.
Selangor catat bilangan kelahiran tertinggi manakala Labuan merekodkan yang terendah.
__
Dan, Kerajaan Perlis memutuskan untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di seluruh negeri itu berkuat kuasa 1 Ogos depan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather