← Back to list
Nahas Ragut Nyawa 9 Anggota FRU: PDRM Kenal Pasti Penambahbaikan
May 15, 2025
PDRM sedang kenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak untuk menjalankan operasi.
Ia susulan nahas yang meragut nyawa 9 anggota FRU di Teluk Intan, Perak kelmarin.
Antara yang dipertimbangkan ialah penggunaan bas dan kereta peronda bagi mengawasi pergerakan konvoi kenderaan pasukan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, 7 anggota FRU yang cedera dalam nahas di Teluk Intan kelmarin masih dirawat di hospital dengan 3 daripadanya dalam keadaan kritikal.
---
Malaysia dan Rusia menyatakan hasrat bersama untuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan sekali gus menandakan lembaran baru dalam hubungan KL-Moscow.
Ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih terdapat potensi besar yang belum diteroka.
Dalam perkembangan lain, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata negara itu sedia bekerjasama dalam siasatan tragedi MH17, dengan syarat ia dikendalikan badan bebas dan tidak berat sebelah.
Putin menyatakan demikian dalam pertemuan dengan Perdana Menteri sempena lawatan rasmi Datuk Seri Anwar di Moscow selama 4 hari ketika ini.
Baru-baru ini, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat MH17 ditembak jatuh pada 2014.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather