← Back to list
Hari Guru 2025: Kebajikan Guru Perlu Diutamakan
May 16, 2025
Kebajikan guru perlu diberi perhatian sempena Hari Guru 2025 yang diraikan hari ini.
Ujar Setiausaha Agong NUTP, Encik Fauzi Singon, ia bagi mengurangkan beban tugas yang turut memberi tekanan kepada kesihatan mental golongan pendidik.
Sementara itu, Guru Pemacu Reformasi Pendidikan diangkat sebagai tema sambutan hari guru kali ini.
---
Individu yang terpilih sebagai pelatih PLKN 3.0 sesi 2 tahun ini diingatkan untuk lapor diri di kem yang ditetapkan pada atau sebelum 12 tengah hari ini.
JLKN turut tegaskan kegagalan pelatih untuk lapor diri tanpa alasan munasabah atau bukti masalah kesihatan dianggap sebagai ingkar arahan.
---
JPA kini di fasa akhir kajian ke arah pelaksanaan sistem kerja fleksibel penjawat awam termasuk kebenaran bekerja dari rumah bagi golongan tertentu antaranya ibu hamil.
---
2 anggota keselamatan cedera cedera selepas sebuah bot milik TLDM bertembung dengan sebuah bot pelancong ketika latihan LIMA di Langkawi.
---
Pihak berkuasa di Perak memusnahkan kira-kira 2,000 pokok ketum dalam operasi bersepadu di Sungai Manik.
---
Dan, Majlis Keselamatan PBB desak rejim zionis menghentikan serangan dan menamatkan sekatan berterusan ke atas Gaza.
Dalam perkembangan berkaitan, hampir 50 terkorban dalam serangan semalaman Israel ke atas khemah dan tempat perlindungan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather