← Back to list
Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Iran, 12 Lagi Masih Diperhatikan Di Sana
Jun 23, 2025
24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Iran telah tiba di KLIA.
Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar yang mengetuai kumpulan itu bersyukur mereka selamat sampai ke tanah air selepas harungi perjalanan yang mencabar.
Sementara itu, 12 lagi rakyat Malaysia terdiri daripada penuntut dan mereka yang berkahwin dengan warga Iran katanya masih berada di negara terbabit dan kerajaan akan terus memantau situasi mereka.
Dalam pada itu, serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklear di Iran setakat ini tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak tersebut.
Bagaimanapun menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, penilaian lanjut mengenai situasi di Iran akan diberikan sebaik sahaja maklumat tambahan diperoleh.
Semalam, Amerika Syarikat bertindak menyerang 3 kemudahan nuklear utama Iran sebagai menyokong Israel untuk memusnahkan keupayaan nuklear negara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, susulan serangan terbaru itu, Parlimen Iran telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut.
Untuk rekod, Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak dan sekiranya ditutup, ia akan beri kesan besar kepada ekonomi global.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather