← Back to list
Lebih 1,000 pelajar sekolah menengah di Selangor berisiko tinggi kemurungan
Jul 07, 2025
Lebih seribu pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan mempunyai tanda-tanda awal kemurungan kategori berisiko tinggi.
Ia merangkumi 2.8 peratus daripada kira-kira 36,000 pelajar yang menjalani saringan.
Susulan itu, EXCO Kesihatan Awam negeri berkata program intervensi dilaksanakan dan diperluas secara menyeluruh ke sekolah rendah, khususnya melibatkan murid Tahun 5 dan 6.
Ia bertujuan memupuk kesedaran awal mengenai kepentingan kesihatan mental serta membina daya tahan diri dalam kalangan murid.
__
Polis sedang menyiasat kemalangan yang mengorbankan enam sekeluarga selepas kereta yang dinaiki ditemui tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra pagi tadi.
Setakat ini, siasatan mendapati kereta berkenaan terbabas terus ke dalam sungai dan tidak membabitkan kenderaan lain.
Identiti kesemua enam mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi juga sudah dikenal pasti.
Terdahulu, mereka gagal dikesan sejak kelmarin, selepas pulang bermalam di rumah saudara di Jitra.
__
Tiga murid dan seorang pemandu cedera selepas sebuah van sekolah yang membawa 24 penumpang terlibat dalam nahas dengan sebuah treler muatan simen di Johor Bahru.
__
Di Sarawak pula, lima mangsa bot karam di Mukah, Sabtu lalu ditemukan, sekali gus menjadikan semua 10 mangsa disahkan lemas.
__
Dan, Kumpulan Indonesia, Nidji nafi terlibat dalam sebuah pesta muzik di Axiata Arena, November depan.
Penyanyi Laskar Pelangi itu berkata sebarang penggunaan nama dan imej dengan acara itu dilakukan tanpa pengetahuan dan keizinan mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather