← Back to list
Penunggang Basikal Ada Hak Guna Jalan Raya
Jul 10, 2025
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) minta polis siasat ugutan dan ancaman kepada penunggang basikal termasuk hantaran di media sosial.
Menurut Presiden PKBM, penunggang basikal turut mempunyai hak di bawah undang-undang sebagai kumpulan pengguna jalan raya di negara ini.
Pihaknya juga menasihatkan penunggang basikal mematuhi peraturan dan waspada risiko kemalangan lebih-lebih lagi di laluan yang biasa digunakan kenderaan berat.
Terdahulu, tular satu video papar pertelingkahan sekumpulan penunggang basikal dengan seorang pemandu bas dipercayai berkaitan insiden halang laluan sebelum ditenangkan anggota JPJ yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Dalam kejadian lain, polis Terengganu sedang kesan sekumpulan remaja yang menunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat baru-baru ini.
Ibu bapa juga diingatkan untuk mengawasi anak-anak dan tidak membenarkan mereka mengubah suai basikal secara berlebihan kerana ia menyalahi undang-undang.
---
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sahkan telah terima permohonan bagi semak semula kadar tarif perkhidmatan bekalan air daripada operator perkhidmatan di 10 negeri.
Menurutnya semua permohonan masih di peringkat penelitian bagi memastikan kesejahteraan lebih 27 juta pengguna dan kemampuan operator memberikan perkhidmatan.
Negeri yang kemuka permohonan tersebut adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.
Terdahulu Pulau Pinang memaklumkan, negeri itu berhasrat tangguh cadangan pelaksanaan kenaikan tarif air selama sekurang-kurangnya 6 bulan bagi kurangkan beban pengguna.
---
Israel lancar satu lagi gelombang serangan udara besar-besaran ke atas Gaza yang meragut nyawa lebih 100 penduduk dan mencederakan ratusan yang lain.
Serangan terbaru ini berlaku di tengah-tengah rundingan gencatan senjata yang masih belum mencapai kata putus.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather