← Back to list
Waktu Bekerja Jururawat Dikurangkan kepada 42 Jam Seminggu
Jul 12, 2025
Kerajaan setuju menetapkan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi lima skim perkhidmatan kritikal KKM berbanding 45 jam sebelum ini.
JPA berkata pengecualian ini melibatkan lebih 82,000 petugas barisan hadapan termasuk jururawat dan pegawai perubatan.
Tambahnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan petugas kesihatan terhadap pelaksanaan waktu bekerja 45 jam seminggu.
.....
Dalam perkembangan lain, kesalahan buli termasuk buli fizikal dan siber akan berdepan tindakan undang-undang yang ketat.
Jabatan Perdana Menteri berkata ini selepas Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 sudah mula berkuat kuasa semalam.
Tambahnya, perkara ini untuk pastikan golongan rentan dilindungi dan tegakkan keadilan secara adil tanpa menjejaskan kebebasan bersuara.
......
Polis buka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Genting Highlands baru-baru ini.
Sebelum ini sebuah video tular di media sosial paparkan pergaduhan berkenaan yang dipercayai melibatkan senjata.
......
Jabatan Imigresen tumpaskan sindiket pelacuran dengan menahan 89 individu terdiri daripada warga asing dan tempatan menerusi Op Gegar di sekitar ibu kota.
.....
Dan lebih 100 nelayan di Perlis terima pelbagai bantuan dengan jumlah keseluruhan kira-kira 96 ribu ringgit menerusi Program Rahmah Mesra MADANI.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather