← Back to list
Isu Pulau Batu Puteh : Tiada Tindakan Terhadap Tun M
Jul 22, 2025
Isu Pulau Batu Puteh : Tiada Tindakan Terhadap Tun M
Kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan itu diambil atas faktor usia beliau yang sudah lanjut.
Tahun lalu, Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati Tun Mahathir telah mempengaruhi Kabinet untuk menghentikan permohonan semakan berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh.
Laporan itu turut mengesyorkan tindakan boleh diambil terhadap beliau kerana didakwa menipu.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Anwar berharap pengumuman mengenai penghargaan buat rakyat Malaysia esok akan bawa manfaat kepada semua pihak.
Terdahulu, jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata pengumuman penting itu akan dibuat 10.30 pagi esok.
Permohonan SBP dan MRSM dalam satu sistem tunggal
Bermula tahun depan, pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM akan dilaksanakan menerusi satu sistem tunggal.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pemohon juga akan ditawarkan satu penempatan sahaja.
Ia bagi elak pertindihan tawaran seperti sebelum ini dan memastikan setiap tempat diisi oleh pelajar yang benar-benar layak.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather