← Back to list
Perdana Menteri umum berita baik buat rakyat!
Jul 23, 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum berita baik sebagai penghargaan buat rakyat Malaysia!
Berikut merupakan ringkasan intipati pengumuman berkenaan.
Semua rakyat berumur 18 tahun ke atas akan mendapat RM100 setiap seorang melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pemberian menerusi MyKad mulai 31 Ogos hingga 31 Disember itu boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di lebih 4,000 kedai.
Selain itu, hari kelepasan am tambahan pada Isnin 15 September 2025 sempena Sambutan Hari Malaysia sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan.
Kerajaan turut menggandakan peruntukan bagi Jualan Rahmah Madani kepada RM600 juta.
Sebanyak 84 peratus pengguna juga akan menikmati penurunan sehingga 14% kadar bil elektrik bermula bulan ini.
Seterusnya, kadar tol di 10 lebuh raya kekal tahun ini selain harga petrol RON95 turun kepada RM1.99/liter buat warganegara Malaysia.
__
Pemandu yang tular kerana memandu secara melawan arus di Seremban disahkan menghidap masalah mental.
__
Sementara itu, pasangan kekasih yang melarikan diri sejauh 13 kilometer sehingga melanggar seorang polis kerana dipercayai membawa dadah di Melaka semalam, direman enam hari.
__
Dan, kerajaan Melaka akan mewartakan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu dalam tempoh terdekat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather