← Back to list
Kes Buli: 6 pelajar Tingkatan 5 MRSM di Melaka digantung, cadang dibuang
Jul 26, 2025
MARA menggantung enam pelajar Tingkatan 5 dipercayai terlibat kes buli di MRSM di Melaka.
Menurut Pengerusi MARA, kesemua pelajar terbabit juga sudah dicadang untuk dibuang selain tiada rayuan boleh dikemukakan.
__
Dalam perkembangan lain, MARA menasihatkan pelajar di bawah insitusi itu mengambil iktibar susulan kemalangan konvoi beramai-ramai yang mengorbankan tiga pelajar di Seremban.
__
Perdana Menteri pertahan keputusan kerajaan untuk tidak melanjutkan subsidi bahan api yang diumumkan baru-baru ini kepada warga asing.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia kerana warga asing tidak membayar cukai.
__
Dan, sebuah kediaman didiami cucu bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Damansara dipecah masuk hingga mengakibatkan kerugian hampir RM1.8 juta.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather