Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Sistem Pendidikan Negara Buka Lembaran Baru

Jul 31, 2025


Sistem pendidikan negara buka lembaran baru susulan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pendidikan (Pindaan) 2025 bagi mewajibkan pendidikan menengah. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan, ia sebagai satu detik bersejarah dalam pembangunan modal insan menerusi sistem pendidikan negara. 

Di bawang undang-undang baru itu nanti ibu bapa yang gagal mematuhinya berdepan denda hingga 5,000 ringgit dan penjara maksimum 6 bulan. 

Namun pengecualian diberikan untuk murid yang bersekolah di rumah dan ia akan dinilai berdasarkan kes.

Dalam satu lagi perkembangan, KPM ulangi penegasannya untuk banteras gejala dan kes buli dalam kalangan warga sekolah. 

Menurut Fadhlina, ketika ini siasatan berhubung gejala buli yang membawa kepada kematian menjadi keutamaan untuk diselesaikan KPM. 

Beliau turut beri jaminan siasatan telus akan dibuat bagi memastikan mangsa dapat keadilan sewajarnya.  

--- 

Malaysia akan terima jumlah hujan lebih rendah dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak semasa tempoh Monsun Barat Daya ini.  

NADMA juga memaklumkan, sepanjang musim ini, kadar kelembapan udara lazimnya rendah, menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat. 

Malaysia kini berada pada kemuncuk monsun yang berlangsung hingga September, yang mana fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan boleh berlaku.  

Dalam perkembangan berkaitan, Mukah, Sarawak merekodkan IPU pada paras tidak sihat pagi ini. 

Sementara itu Mukah dan 8 kawasan lain di Sarawak juga Maran dan Rompin di Pahang serta Kampar di Perak catat cuaca panas Tahap 1 iaitu berjaga-jaga. 

--- 

Sistem kutipan tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) di lebuh raya mungkin hanya dapat dilaksanakan seawal-awalnya pada 2027.  

Menurut Kementerian Kerja Raya draf utama pelaksanaan telah disediakan dan sedang tunggu lampu hijau daripada Jemaah Menteri untuk ke proses rundingan dengan syarikat konsesi.  

Di bawah sistem MLFF, semua laluan keluar dan masuk lebuh raya akan ditukar kepada lorong tanpa halangan bagi mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran trafik. 


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us