← Back to list
Lagi Gempa Bumi Lemah di Segamat
Aug 29, 2025
Gempa bumi lemah berlaku lagi di Segamat, Johor kira-kira pukul 4.20 pagi tadi.
Gegaran bermagnitud 3.4 itu merupakan gempa bumi yang terkini dalam tempoh beberapa hari ini dan yang ke-4 di Segamat.
MetMalaysia sedang pantau keadaan dan orang ramai yang merasai gegaran diminta isi borang soalselidik jabatan itu bagi bantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat lanjut.
---
Kerajaan tangguh perbahasan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar ke sidang Dewan Rakyat, Oktober depan.
Ia susulan RUU tersebut terima tentangan pelbagai pihak termasuk blok pembangkang dan ahli Parlimen kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata pandangan pelbagai pihak termasuk pembangkang penting bagi memastikan RUU itu dilaksanakan secara menyeluruh dan berteraskan kepentingan rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga nafi dakwaan mengatakan RUU berkenaan adalah strategi merampas hak orang Melayu.
---
Penipu semakin menyasarkan golongan bawah umur di Malaysia yang mana golongan itu lebih terdedah dan mudah dieksploitasi!
Ia susulan satu kaji selidik mendapati satu daripada setiap 5 ibu bapa melaporkan anak mereka berumur 7 hingga 17 tahun telah jadi mangsa penipuan.
Sementara itu polis KL tahan kira-kira 400 ahli sindiket penipuan dalam talian terbesar di ibu kota selepas serbu sebuah premis di Bangsar South.
---
PLUS jangka peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh rayanya pada hari ini dan 1 September sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Sehubungan dengan itu, pengguna lebuh raya dinasihat rancang perjalanan lebih awal bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather