← Back to list
Rancang Pembelian Guna SARA RM100
Sep 02, 2025
Rancang Pembelian Guna SARA RM100
Orang ramai dinasihatkan supaya rancang pembelian menggunakan penghargaan SARA RM100.
Yayasan MyKasih mencadangkan agar pembelian tidak dibuat pada waktu puncak iaitu antara jam 1 tengah hari hingga 2.30 petang.
Jelasnya ia bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan elak kesesakan.
Pihaknya dalam pada itu telah meningkatkan kapasiti pemprosesan sistem terminal SARA sebanyak 60 peratus bagi memastikan ia berjalan lebih lancar
Untuk rekod, kredit RM100 Penghargaan SARA sah hingga 31 Disember ini dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar seluruh negara.
NADMA dan MetMalaysia pantau kawasan dijangka terima ancaman gempa bumi
Nadma bersama MetMalaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains akan terus pantau dan lakukan analisis saintifik terhadap kawasan yang dijangka menerima ancaman gempa bumi.
Ia sebagai langkah kesiapsiagaan proaktif demi keselamatan rakyat, perlindungan infrastruktur dan pembangunan komuniti khususnya kawasan yang terdedah ancaman bencana alam itu.
Jelasnya, MetMalaysia telah merekodkan satu gempa bumi lemah bersama 5 gempa bumi susulan di sekitar Segamat, Johor sepanjang minggu lalu.
Kesemua kejadian gempa bumi ini katanya berkemungkinan berlaku di Zon Sesar Mersing di Semenanjung Malaysia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather