← Back to list
Bantuan SARA RM100: MOF tambah baik sistem MyKasih
Sep 02, 2025
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah RM100 hingga perlu beratur panjang di kaunter bayaran.
Timbalan Menteri Komunikasi berkata ia kerana bantuan SARA itu boleh digunakan dalam tempoh sehingga 31 Disember.
Tambahnya, semua pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai gangguan sistem semasa menggunakan MyKad untuk menebus bantuan tersebut.
Ia memandangkan sistem MyKasih kini lebih stabil susulan Kementerian Kewangan meningkatkan kapasiti sistem pelayan sebanyak 60 peratus.
Terdahulu, terdapat beberapa aduan gangguan sistem pada hari pertama dan kedua selepas bantuan itu dikreditkan dalam MyKad mulai 31 Ogos lalu.
__
Peguam mewakili lima remaja didakwa terbabit kes buli Zara Qairina, tidak dibenarkan menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Allahyarham yang akan bermula esok.
Ini selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membatalkan keputusan koroner yang sebelum ini membenarkan permohonan berkenaan.
__
Datuk Fahmi Fadzil maklumkan pihak pengurusan TikTok akan dipanggil ke Bukit Aman esok berhubung isu penyebaran berita palsu dan keselamatan dalam talian.
Ia susulan beberapa kes penyebaran maklumat palsu melibatkan individu yang menyamar sebagai doktor pakar bedah.
__
Dan, pelakon legenda Kanada, Graham Greene, yang dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Kicking Bird dalam filem Dances With Wolves meninggal dunia pada usia 73 tahun.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather