← Back to list
Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli
Sep 03, 2025
Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli
Kerajaan bersetuju tubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli.
Menurut Jabatan Perdana Menteri, ia bakal jadi platform utama untuk menyelaras tindakan rentas kementerian sekaligus tangani isu buli secara menyeluruh.
Tegasnya, pendekatan kerajaan bukan lagi fokus kepada hukuman semata-mata, tetapi turut beri penekanan kepada aspek pemulihan, perlindungan kanak-kanak dan langkah pencegahan.
Hari ke-3 penghargaan SARA RM100 catat transaksi tertinggi
Hari ketiga pelaksanaan penghargaan SARA 100 ringgit semalam catat jumlah transaksi tertinggi setakat ini dengan lebih 1.1 juta.
Menurut Kementerian Kewangan, kadar transaksi yang berjaya juga meningkat kepada 95 peratus semalam berbanding 79 peratus pada hari pertama pelaksanaannya, 31 Ogos lalu.
Ia susulan langkah pihaknya meningkatkan kapasiti pemprosesan bagi menambah baik kelancaran sistem pembelian.
Secara keseluruhan, lebih 2.9 juta rakyat telah beli barangan keperluan asas guna penghargaan SARA RM100 dalam tempoh 3 hari.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather