← Back to list
Tiada cukai perkhidmatan terhadap biasiswa, pinjaman pendidikan dan pengecualian yuran - Lim Hui Ying
Sep 06, 2025
Tiada sebarang cukai perkhidmatan terhadap biasiswa, pinjaman pendidikan atau pengecualian yuran yang diterima oleh pelajar warganegara Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan berkata skop cukai perkhidmatan dalam sektor pendidikan adalah sangat terhad.
Jelasnya, ia hanya melibatkan sekolah rendah dan menengah swasta bagi yuran melebihi RM60,000 setahun serta pendidikan tinggi bagi pelajar bukan warganegara Malaysia.
Beliau turut menyeru orang ramai agar mendapatkan pengesahan melalui saluran rasmi seperti Kementerian Kewangan sekiranya terdapat sebarang keraguan.
__
Sementara itu, lebih 78,000 calon lepasan STPM atau setaraf ditawar melanjutkan pengajian ke universiti awam peringkat sarjana muda bagi Sesi Akademik 2025/2026.
Calon tidak berjaya mendapatkan tawaran boleh membuat rayuan melalui UPUOnline hingga 14 September ini.
__
Pasar Pagi Sungai Bayor di Selama, Perak catat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai pasar pagi terpanjang iaitu 2.32 kilometer.
Ia mengatasi rekod terdahulu dipegang Pasar Pagi Temerloh di Pekan Sehari Temerloh, Pahang sepanjang 2.1 kilometer.
__
Dan, Anutin Charnvirakul dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Thailand menggantikan Paetongtarn Shinawatra yang dipecat minggu lalu.
Beliau merupakan Perdana Menteri ketiga negara itu dalam tempoh dua tahun.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather