← Back to list
Ugut pakar patologi: Warga emas ditahan
Sep 08, 2025
Polis Sabah tahan seorang warga emas kerana dilapor ugut seorang pakar patologi berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak keluar kenyataan yang boleh jejas ketenteraman awam serta menimbulkan keresahan masyarakat.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar tegaskan keadaan yang berlaku terhadap pakar patologi forensik berkenaan tidak wajar terjadi.
Beliau juga berkata, tindakan tegas menanti individu yang cuba ganggu saksi termasuk ugut dan ancam hingga ganggu proses keadilan berhubung prosiding inkues kematian Zara Qairina.
---
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi beritahu, Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli dijangka dibawa ke Parlimen bulan depan selepas dapat persetujuan Kabinet.
---
KPDN terima 2 aduan berkaitan kenaikan harga barangan menerusi program SARA dan MyKasih.
Pihaknya bagaimanapun berkata perkara itu berpunca daripada isu teknikal dan sudah diselesaikan.
Sementara itu Persatuan Pengguna Kedah kesan ada pengguna jual semula barang keperluan yang ditebus melalui SARA RM100 bagi mendapatkan wang tunai.
---
Polis Kajang memaklumkan, kanak-kanak yang cedera diserang anjing liar Rabu lalu perlu jalani satu lagi pembedahan pada kepalanya.
---
Polis tahan 2 lelaki kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur ugutan jenayah, hasutan dan fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri melalui media sosial.
---
Dan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Perdana Menteri Thailand yang baru, Anutin Charnvirakul.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather