← Back to list
KWSP Fokus Untuk Bina Semula Simpanan Pencarum
Sep 08, 2025
KWSP Fokus Untuk Bina Semula Simpanan Pencarum
KWSP kini fokus untuk bina semula simpanan pencarum selepas lebih RM140 bilion dikeluarkan menerusi 4 fasiliti pengeluaran berkaitan Covid-19.
Jelas Menteri Kewangan II, pengeluaran tersebut melibatkan 8.2 juta pencarum melalui i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam pada itu berkata kerajaan tidak berhasrat memperkenalkan pengeluaran baru.
Ia memandangkan struktur akaun KWSP telah dirombak semula dengan mewujudkan Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 yang bersifat fleksibel bagi pengeluaran untuk kecemasan.
Kerajaan dalam fasa akhir untuk muktamadkan kriteria kelayakan subsidi RON95
Kerajaan kini dalam fasa akhir untuk muktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan.
Jelas Menteri Kewangan II, ia termasuk bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran melalui MyKad dapat digunakan sebaik sahaja penyasaran subsidi itu dilaksanakan akhir bulan ini.
Tambahnya, kerajaan akan gunakan sistem PADU untuk tentukan kelayakan agar hanya mereka yang benar-benar layak terima manfaat subsidi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather