← Back to list
BUDI95: Tukar MyKad rosak percuma
Sep 23, 2025
Individu yang mahu tukar MyKad ekoran masalah cip boleh berbuat demikian secara percuma bermula hari ini hingga 7 Oktober.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, penukaran boleh dilakukan di mana-mana kaunter JPN.
Ia bagi memastikan setiap warganegara yang layak dapat nikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar.
---
Kementerian Belia dan Sukan tidak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas termasuk gantung dan buang pelajar di IKBN Miri yang dilapor terbabit dengan buli.
Ia susulan rakaman video papar insiden melibatkan sekumpulan pelajar institusi itu melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang pelajar lain.
---
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi memaklumkan kerajaan masih berpegang kepada standard antarabangsa berkaitan kes perkosa terutama babit golongan bawah umur.
Justeru ujar Datuk Seri Azalina Othman Said, cadangan Ketua Polis Kelantan agar gadis bawah umur turut didakwa jika melakukan seks suka sama suka, tidak hanya remaja lelaki, adalah bersifat peribadi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather