← Back to list
Timbal Balas Malaysia-AS: Kerajaan Pastikan Kedaulatan Negara Dilindungi
Oct 29, 2025
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat amat penting untuk menjamin kedaulatan negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata perjanjian ini secara tidak langsung akan memastikan kelangsungan ekonomi dan pasaran eksport negara.
Tambah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Malaysia kekal teguh dalam perjanjian itu dan tidak akan berkompromi dengan isu garis merah khususnya hak Bumiputera.
.....
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Malaysia masih kekal dengan dasar larangan eksport unsur nadir bumi mentah bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan.
.....
SPRM akan melakukan siasatan ke atas projek aerotrain di KLIA yang kerap alami gangguan perkhidmatan jika wujud amalan rasuah atau salah guna kuasa.
Bagaimanapun pihaknya sahkan setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung projek itu yang menelan belanja ratusan juta ringgit.
.....
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang lehernya dikelar di Johor baru-baru ini direman dua hari bagi bantu siasatan berhubung insiden terbabit.
Peguam kepada suspek berkata ini susulan terdapat percanggahan maklumat antara kedua-dua mereka yang perlukan perincian lanjut.
.....
Lima remaja mengaku bersalah selepas menunggang motosikal secara berbahaya dan menghalang laluan ambulans di Lebuhraya PLUS dua minggu lalu.
.....
Dan kerajaan Pahang memperuntukkan RM10 juta untuk persediaan menghadapi Monsun Timur Laut tahun ini di negeri itu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather