← Back to list
PRN Sabah : 596 Calon Merebut 73 Kerusi DUN
Nov 16, 2025
PRN Sabah : 596 Calon Merebut 73 Kerusi DUN
596 calon disahkan bertanding bagi merebut 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Menurut SPR, secara keseluruhan sebanyak 24 parti meletakkan calon untuk bertanding PRN kali ini.
Calon Bebas merekodkan jumlah penyertaan tertinggi iaitu 74 orang.
DUN Tulid menyaksikan pertembungan paling sengit kali ini melibatkan 14 penjuru.
Calon termuda bagi PRN Sabah kali ini berusia 24 tahun yang bertanding di DUN Silam manakala calon paling tua berusia 86 tahun di DUN Bingkor.
Hanya 71 calon wanita yang bertanding iaitu kira-kira 12 peratus daripada keseluruhan calon.
Hari pengundian PRN Sabah akan berlangsung 29 November ini manakala undian awal pada 25 November.
Garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam disemak semula
Menteri Hal Ehwal Agama sedang teliti untuk mengenakan tindakan jenayah syariah kepada selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.
Pihaknya sudah minta JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan semak semula garis panduan sedia ada berkaitan aspek pemakaian selebriti beragama Islam.
Terdahulu, penampilan kumpulan Dolla dalam video muzik terbaru mereka raih perhatian ramai dengan ada yang menyifatkan ia keterlaluan terutama gaya fesyen yang mencolok mata.
Dalam perkembangan berkaitan, Universal Music Malaysia turunkan video muzik itu daripada semua platform digital sebagai tanggungjawab dan usaha menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta agama.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather