← Back to list
Tiada Kompromi Isu Keselesaan Pengguna Di Lebuh Raya - LLM
Dec 20, 2025
Lembaga Lebuhraya Malaysia jamin kepentingan pengguna akan terus dijaga melalui perkhidmatan lebuh raya yang selamat, lancar dan berkualiti.
Pihaknya berkata demikian selepas kerajaan bersetuju untuk mengekalkan kadar tol sedia ada bagi 10 lebuh raya utama di seluruh negara tahun depan.
Tambahnya, syarikat konsesi akan sentiasa dipantau untuk pastikan operasi dan proses selenggara lebuh raya dilaksana mengikut standard yang ditetapkan.
.....
Dalam pada itu, LLM jangka sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari guna lebuh raya utama negara pada hari puncak sambutan perayaan Krismas tahun ini.
Justeru itu, orang ramai boleh mengikuti laman media rasmi Astro Audio Traffic untuk perkembangan semasa trafik.
.....
Menteri Agama berkata Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dibenarkan guna dekorasi atau imej perayaan agama selain Islam.
Bagaimanapun beliau tegaskan penggunaan peralatan sembahan adalah dilarang dan hiasan itu tidak boleh papar logo halal dan perlu mematuhi garis panduan JAKIM.
.....
Kira-kira 10,000 mangsa banjir masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor.
.....
Dan sekurang-kurangnya empat orang maut dalam insiden tikaman di pusat bandar Taipei selepas seorang lelaki cetus kekacauan menggunakan bom asap.
Menurut laporan, suspek turut terbunuh selepas terjatuh dari bangunan ketika dikejar polis.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather