← Back to list
PTPTN: Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam berpendapatan tinggi yang culas
Feb 09, 2026
Sekatan perjalanan hanya akan dikenakan terhadap peminjam berpendapatan tinggi yang benar-benar culas serta memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan PTPTN.
Ujar Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli, langkah itu bukan bertujuan menghukum peminjam sebaliknya bagi memastikan keadilan dana pendidikan negara.
Tambahnya, KPT juga memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah dasar sedia ada PTPTN termasuk penstrukturan semula bayaran balik bagi bantu meringankan beban peminjam.
__
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan melalui MyKad bermula hari ini.
Kerajaan juga bersetuju untuk meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku.
Penambahan kategori itu turut meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA kepada 140,000 jenis barangan menerusi 15 kategori barangan asas.
Seramai 22 juta penerima bakal menikmati bantuan SARA bagi persiapan Ramadan dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
__
Dan, suspek lelaki yang ditahan kerana disyaki bunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Alor Setar, Kedah disambung reman tujuh hari bagi bantu siasatan.
Hasil siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan anak sulung mangsa dipercayai mempunyai hutang pinjaman ‘along’ yang menjadi motif pembunuhan berkenaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather